Contact Me :: Azura -012763 2317 to know about GLAM & the Products...

Tuesday, September 17, 2013

Selamat Hari Malaysia

" Malaysiaku Berdaulat,Tempat Tumpahnya DarahKu'
Walaupun Hari Malaysia jatuh pada hari semalam tapi masih blom terlewat lagi aku nk ucapkan 'Selamat hari Malaysia' kepada semua warganegara Malaysia tidak kira apa jua bangsa,agama,loghat,warna kulit dan sebagainya...I'm proud to be Malaysian..Do you?? Diam tak diam dah dah 50 tahun rupanya penubuhan Malaysia ni...buat para pembaca sekalian, Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

2 comments:

  1. keep on blogging. nanti dah berjaye, boleh jadi mentor aku ye hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...